1 HARI MAMPU BERENANG

Monday, 7 November 2011


APA YANG MENGHALANG ANDA BELAJAR BERENANG?
(dipetik dari blog BENBAZ)

Ya, kenapa takut belajar berenang atau pergi ke kelas belajar berenang? Besar kemungkinan kerana mempunyai perasaan takut kepada air.  Water phobia. Kenapa takut air? Manusia dan air sebenarnya tidak dapat dipisahkan. Secara biologinya sejak dari dalam kandungan ibu lagi, kita telah berada di dalam air. Kita (embrio) hidup dalam rahim ibu sejak dari mula hingga kepada saat sebelum kelahiran dengan dibaluti lapisan yang mengandungi air di sekelilingnya.  Hanya terpisah dari dikelilingi air bila usia 9 bulan iaitu setelah lahir ke dunia. Kemudian membesar. Bila dewasa, tiba-tiba tak berani pulak nak masuk ke dalam air. Kalau suruh masuk ke dalam air setakat cecahkan kaki, no problem. Rata-rata semua orang berani. Tidak kira kanak-kanak mahu pun dewasa. Tetapi bila suruh masukkan kepala ke dalam air, ‘mak ooii, aku takutla’, ‘aku bukan takut tapi tak berapa beranilah’. Inilah antara alasan atau ungkapan yang selalu kita dengar.

Ketakutan kepada air ini sebenarnya ada berkait rapat dengan 4 organ badan kita iaitu  anggota mata, hidung, telinga dan mulut. Mereka takut sebab mereka tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan keempat-empat anggota badan ini ketika berada di dalam air. Baiklah! Mari saya terangkan satu persatu berkaitan organ badan tersebut.

HIDUNG DAN MULUT.
Hidung dan mulut adalah organ yang terlibat dengan sistem pernafasan manusia. Dibandingkan dengan mulut, hidung adalah lebih sensitif. Tersedut sedikit sahaja air ke dalam hidung boleh menyebabkan  keperitan kepada seseorang. Manakala air pula jika termasuk sedikit ke dalam mulut, ia kurang membawa keperitan. Tiada masalah, boleh terus meludahnya keluar. Jadi cara bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Masalah ini dapat diatasi dengan cara melakukan latihan blow bubble. Latihan
ini biasa merupakan pelajaran pertama yang akan diajar di dalam mana-mana kelas renang.

Monday, 17 October 2011

Belajar berenang MUSLIMAH....

PENGALAMAN MENGAJAR UNTUK MEREKA YANG TAKUTKAN AIR....
Saya juga merupakan salah seorang insan yang sangatttt takut AIR....(sebelum ni...)

Persoalan pertama yang muncul bila nak belajar berenang, "mcm mana, nanti air masuk telinga...?", "boleh timbul ke dalam air...?" dan pelbagai soalan lagi....

Berdasarkan pengalaman saya yang terlalu takutkan air, membuatkan saya cuba untuk membantu rakan-rakan yang takut air tetapi masih terselit minat untuk belajar berenang.... Insya Allah, saya menggunakan kaedah mudah untuk menghilangkan rasa takut dengan air dulu....

Antaranya, masuk ke dalam kolam renang pada paras satu meter... Perlahan-lahan selepas main kocak-kocak air, saya akan bantu anda untuk kita duduk di dalam kolam itu sambil melihat pemandangan dalam air...


Pengalaman ini akan membantu anda mengurangkan rasa takut pada air....

Seterusnya,  anda akan di ajar untuk meniup dalam air (blow water bubbles)... Kaedah ini secara tidak langsung akan melatih teknik pernafasan semasa berenang kelak dan akan meningkatkan  water confidence anda....

Perlahan-lahan anda akan lupa mengenai takut AIR.....

Insya Allah dengan semangat dan silibus yang mudah untuk dipelajari, anda akan mampu merealisasikan impian boleh BERENANG....

Saya suka untuk mencadangkan kaedah Breaststroke kepada mereka yang ingin belajar berenang...

Berdasarkan pengalaman saya, untuk EMPAT sesi kelas SAHAJA anda sudah mampu untuk berenang... (sekiranya mengikuti kelas dan arahan dengan betul)

Sekiranya anda berminat untuk belajar berenang, boleh menghubungi saya.... (UNTUK MUSLIMAH SAHAJA)

HUBUNGI: PN NORFAIZAH 019 572 1663







Sunday, 25 September 2011

Tips penjagaan baju renang anda...

Bagi mereka yang ingin menjaga baju renang agar sentiasa dalam keadaan baik dan cantik. Di sini terdapat beberapa tip yang anda boleh amalkan.


* Anda dinasihatkan supaya membilas baju renang tersebut dan terus sidai selepas menggunakannya.

* Jangan mencuci baju renang anda dengan sabun pencuci atau peluntur atau pelembut kain.

* Jangan cuci baju renang dengan mesin basuh.

* Jangan merendam baju renang anda.

* Jangan perah baju renang atau spin.

* Jangan sesekali menyerika baju renang.

* Sila patuhi arahan seperti mana tertera di label pakaian anda.

Wednesday, 11 May 2011

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan baju renang muslimah area TAIPING, PERAK (dan kawasan yang sewaktu dengannya) bolehlah menghubungi saya.

Dengan baju renang muslimah ini, anda akan lebih berkeyakinan untuk beristirehat bersama keluarga di kawasan swimming pool, tepi pantai, Bukit Merah Lake Town dan mana-mana Taman Tema Air....

Yang paling penting ialah anda akan SELESA disamping dapat menjaga AURAT sebagai muslimah.....

Hubungi saya...Pn Norfaizah 019 57 21663