1 HARI MAMPU BERENANG

Sunday, 25 September 2011

Tips penjagaan baju renang anda...

Bagi mereka yang ingin menjaga baju renang agar sentiasa dalam keadaan baik dan cantik. Di sini terdapat beberapa tip yang anda boleh amalkan.


* Anda dinasihatkan supaya membilas baju renang tersebut dan terus sidai selepas menggunakannya.

* Jangan mencuci baju renang anda dengan sabun pencuci atau peluntur atau pelembut kain.

* Jangan cuci baju renang dengan mesin basuh.

* Jangan merendam baju renang anda.

* Jangan perah baju renang atau spin.

* Jangan sesekali menyerika baju renang.

* Sila patuhi arahan seperti mana tertera di label pakaian anda.