Saya juga merupakan salah seorang insan yang sangatttt takut AIR....(sebelum ni...)
Persoalan pertama yang muncul bila nak belajar berenang, "mcm mana, nanti air masuk telinga...?", "boleh timbul ke dalam air...?" dan pelbagai soalan lagi....
Berdasarkan pengalaman saya yang terlalu takutkan air, membuatkan saya cuba untuk membantu rakan-rakan yang takut air tetapi masih terselit minat untuk belajar berenang.... Insya Allah, saya menggunakan kaedah mudah untuk menghilangkan rasa takut dengan air dulu....
Antaranya, masuk ke dalam kolam renang pada paras satu meter... Perlahan-lahan selepas main kocak-kocak air, saya akan bantu anda untuk kita duduk di dalam kolam itu sambil melihat pemandangan dalam air...
Pengalaman ini akan membantu anda mengurangkan rasa takut pada air....
Seterusnya, anda akan di ajar untuk meniup dalam air (blow water bubbles)... Kaedah ini secara tidak langsung akan melatih teknik pernafasan semasa berenang kelak dan akan meningkatkan water confidence anda....
Perlahan-lahan anda akan lupa mengenai takut AIR.....
Insya Allah dengan semangat dan silibus yang mudah untuk dipelajari, anda akan mampu merealisasikan impian boleh BERENANG....
Saya suka untuk mencadangkan kaedah Breaststroke kepada mereka yang ingin belajar berenang...
Berdasarkan pengalaman saya, untuk EMPAT sesi kelas SAHAJA anda sudah mampu untuk berenang... (sekiranya mengikuti kelas dan arahan dengan betul)
Sekiranya anda berminat untuk belajar berenang, boleh menghubungi saya.... (UNTUK MUSLIMAH SAHAJA)
HUBUNGI: PN NORFAIZAH 019 572 1663
HUBUNGI: PN NORFAIZAH 019 572 1663