1 HARI MAMPU BERENANG

Monday, 7 November 2011


APA YANG MENGHALANG ANDA BELAJAR BERENANG?
(dipetik dari blog BENBAZ)

Ya, kenapa takut belajar berenang atau pergi ke kelas belajar berenang? Besar kemungkinan kerana mempunyai perasaan takut kepada air.  Water phobia. Kenapa takut air? Manusia dan air sebenarnya tidak dapat dipisahkan. Secara biologinya sejak dari dalam kandungan ibu lagi, kita telah berada di dalam air. Kita (embrio) hidup dalam rahim ibu sejak dari mula hingga kepada saat sebelum kelahiran dengan dibaluti lapisan yang mengandungi air di sekelilingnya.  Hanya terpisah dari dikelilingi air bila usia 9 bulan iaitu setelah lahir ke dunia. Kemudian membesar. Bila dewasa, tiba-tiba tak berani pulak nak masuk ke dalam air. Kalau suruh masuk ke dalam air setakat cecahkan kaki, no problem. Rata-rata semua orang berani. Tidak kira kanak-kanak mahu pun dewasa. Tetapi bila suruh masukkan kepala ke dalam air, ‘mak ooii, aku takutla’, ‘aku bukan takut tapi tak berapa beranilah’. Inilah antara alasan atau ungkapan yang selalu kita dengar.

Ketakutan kepada air ini sebenarnya ada berkait rapat dengan 4 organ badan kita iaitu  anggota mata, hidung, telinga dan mulut. Mereka takut sebab mereka tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan keempat-empat anggota badan ini ketika berada di dalam air. Baiklah! Mari saya terangkan satu persatu berkaitan organ badan tersebut.

HIDUNG DAN MULUT.
Hidung dan mulut adalah organ yang terlibat dengan sistem pernafasan manusia. Dibandingkan dengan mulut, hidung adalah lebih sensitif. Tersedut sedikit sahaja air ke dalam hidung boleh menyebabkan  keperitan kepada seseorang. Manakala air pula jika termasuk sedikit ke dalam mulut, ia kurang membawa keperitan. Tiada masalah, boleh terus meludahnya keluar. Jadi cara bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Masalah ini dapat diatasi dengan cara melakukan latihan blow bubble. Latihan
ini biasa merupakan pelajaran pertama yang akan diajar di dalam mana-mana kelas renang.